“Tolong kawal diri” -PU Amin minta Ustazah Afifah henti kongsi info tak sahih

Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh seorang pendakwah dikenali sebagai Ustazah Siti Afifah kerap muncul di media sosial dan kadang kala mengelirukan warganet.

Makan ubat tahan s4kit masuk ner4ka?

Baru-baru ini, satu lagi video menunjukkan kenyataan dari pendakwah tersebut telah menjadi perdebatan apabila mengatakan yang pengambilan ub4t tahan s4kit boleh menyebabkan kita masuk ke dalam api ner4ka.

@malaysianupdatenews Ustazah bagi teguran, makan ubat tahan sakit boleh masuk neraka ? #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp ♬ original sound – Malaysian Update

Henti sebar info tak sahih

Susulan daripada itu, pendakwah yang juga merupakan bekas peserta program realiti bercorak keagamaan, PU Amin telah tampil menbidas kenyataan ustazah Siti Afifah kerana merasakan ia satu bentuk salah faham yang sangat ketara.

Oleh itu, PU Amin telah meminta agar pendakwah wanita berkenaan supaya menjaga penggunaan kata agar tidak mencetuskan kekeliruan agama kepada masyarakat.

@ustazamirulamin

Ya Allah jauhkan kami dari kejahilan dan kerosakan. Tolong jaga agama ini. Jangan rosak kan agama yang mulia ini.

♬ Sad Music – Max-Music

“Kongsikan maklumat dengan fakta yang tepat. T4kut nama ustaz dan ustazah itu tercem4r. Hari ini kita nak pulihkan imej agama kita. Hari ini kita nak tegakkan shia agama kita. Jangan jadi orang yang boleh menyebabkan agama ini terbantut.” katanya.

Petanda akhir zaman

Ujar PU Amin atau nama sebenarnya, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim lagi, tindakan yang dibuat oleh ustazah tersebut seakan menunjukkan petanda akhir zaman kerana sesuka hati bercakap sehingga boleh menyebabkan kesucian agama tercem4r.

“Tolong kawal diri, tolong jaga peribadi. Pelihara diri kita daripada bercakap bukan-bukan dan perihal yang tidak tahu. Ini juga antara petanda-petanda akhir zaman di mana kita nak cakap semua benda sehinggakan agama tercemar.” jelasnya lagi.

Terdahulu, Ustazah Siti Afifah pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial. Tanggapannya dengan melabel para suami yang membiarkan isteri bersalin dibantu doktor lelaki adalah d4yus sangat ditentang hebat para agamawan negara.

Begitu juga kenyataan darinya yang menj4tuhkan hvkum sesuka hati terhadap isu bersalaman dengan artis sehingga menggvris perasaan sesetengah pihak.

Sumber: TikTok @ustazamirulaminmalaysianupdatenews

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Isu anak bising di kedai, suruh pelanggan lain makan di rumah… influencer mohon maaf

Baru-baru ini, seorang pempengaruh atau influencer yang dikenali sebagai Cikgu Ayu meluahkan rasa tidak puas hati apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *