Masih ingat lagi tak isu yang h4ngat menjadi bualan netizen mengenai pelakon terkenal, Aedy Ashraf gara-gara wajahnya sangat menyerupai dengan lelaki yang bercvmbu bersama seorang wanita di sebuah kelab malam.
Akhirnya, Aedy Ashraf membuka mulut dengan menegaskan dia hanya manusia biasa yang mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa yang lain.
View this post on Instagram
Menurut laporan Gempak, pelakon yang berusia 29 tahun itu enggan untuk mengulas lanjut mengenai isu terbabit kerana baginya, ia tidak mempunyai kaitan dengan orang luar selain ibunya.
“Saya hanya manusia biasa, datang dari keluarga yang biasa-biasa., maksud saya bukan warak, membesar di ibu kota dan menjalani kehidupan sama seperti kebanyakkan orang lain.
“Sejujurnya, saya tidak perlu menjelaskan isu ini kepada sesiapa. Saya tidak berhutang dengan sesiapa , kecuali ibu saya.
“Jadi, setelah ia berlaku, saya jelaskan semuanya kepada ibu Alhamdulilah ibu tenang dan kata dia kenal saya. Dia berpesan agar saya lebih berhati-hati,” katanya.
Susulan daripada kejadian itu, bintang drama Kisah Cinta Kita itu memaklumkan akan lebih berwaspada selepas ini dalam mempercayai oran sekeliling termasuk rakan-rakannya.
Bukan itu sahaja, dia turut munasabah dan mengatakan akan menjaga sikap, adab dan reputasinya sebagai seorang penggiat seni dalam dunia hiburan.
Sumber: Gempak
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.