Perkembangan terkini pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami jangkitan paru-paru.
Rakan-rakan artis dan juga kenalan tidak putus menitipkan doa kepada pelakon itu susulan dimaklumkan sedang berada dalam keadaan kritik4l.
Tunjuk perkembangan positif
Namun begitu, menerusi laporan dari Berita Harian, pemilik nama Farah Nadia Zainal itu menunjukkan perkembangan positif apabila bacaan oksigennya sudah mencapai 100 peratus dan pend4rahan di paru-paru turut sudah berhenti.
Beri tindak balas positif kepada ub4t
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ungku Ismail dengan memaklumkan khabar baik ini. Ujarnya lagi, Nad telah menunjukkan tindakan balas positif kepada ubat yang diberikan.
“Alhamdulillah, oksigen Nad sudah mencecah bacaan 100. Doktor akan cuba kurangkan kuasa bantuan alat pernafasan berkenaan.
“Satu lagi perkembangan positif, pend4rahan pada paru-paru Nad sudah berhenti dan mengering.
“Nad memberikan tindak balas positif kepada ubat diberikan,” katanya.
Doktor bimb4ng keadaan buah pinggang
Walau bagaimanapun, Ungku Ismail menyatakan yang kini pihak doktor menyuarakan kebimbangan ada j4ngkitan di buah pinggangnya kerana mereka dapati seakan ada radang di organ tersebut.
“Cuma doktor bimb4ng kemungkinan ada jangkitan pada buah pinggang kerana mereka dapati radang pada organ berkenaan.
“Mereka menanti pakar buah pinggang untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.
Buat masa ini, pelakon tersebut masih dalam pemantauan doktor dan rakan gandingan Nad dalam drama Cina Buta itu memohon agar orang ramai supaya tidak berhenti untuk mendoakan kesembuhan selebriti yang juga ibu tunggal itu.
Sumber: Berita Harian (Serimah Mohd Sallehuddin)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.