Bapa Kongsi Situasi Terkini Nad Zainal; “Sebelum Ini Dia Ada Meng4du S4kit-S4kit Cuma…”

Bapa kepada pelakon Nad Zainal, Zainal Abidin,  63, memaklumkan keadaan anaknya kini berada dalam keadaan baik berbanding dua hari lepas.

Nad yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) KPJ Ampang Puteri sejak Isnin dilaporkan berada dalam keadaan kritik4l selepas mengalami j4ngkitan kum4n paru-paru.

Menurut Zainal, pend4rahan paru-paru yang dialami Nad semakin berkurangan namun ia masih dalam pemantauan rapi pihak h0spital.

“Setakat dua hari lalu memang keadaannya tervk bagaimanapun hari ini apa yang saya nampak ada peningkatan yang positif.

“Kita harap dia akan okey pada hari akan datang sebab doktor sudah ikhtiar rawatan yang terbaik.

“Dua hari lalu dan semalam memang berlaku pend4rahan tetapi hari ini ia semakin berkurangan. Cuma, dia masih ‘berl4wan’ dengan ubat.

“Apa pun saya mengharapkan agar anak saya segera sembuh seterusnya tidak akan menggunakan alat pernafasan lagi.

“Keadaan ini berpunca daripada paru-parunya, yang lain semuanya okey. Bila dia mengalami pend4rahan di paru-paru, itu yang menyebabkan dia sukar untuk bernafas.

“Setakat ini, apa saya lihat keadaannya bertambah baik berbanding semalam,” katanya kepada MH ketika ditemui hari ini.

Terdahulu pada Isnin, proses menguruskan Nad ke hospital dilakukan Zainal sejurus mendapati keadaan anaknya itu semakin serius.

“Pada petang kejadian, saya yang mengambilnya dari rumah dan bawanya ke h0spital.

“Sebelum ini, dia ada mengadu s4kit-s4kit cuma perkara itu tidak diberitahu secara serius. Bagi Nad mungkin ia boleh baik apabila makan ubat.

“Dia tidak pernah mengalami s4kit yang teruk. Cuma sebelum ini dia disahkan positif cov1d-19 tapi tidaklah seteruk keadaan sekarang,” tambahnya.

Industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritik4l.

Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berd4rah.

Semalam, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah h0spital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Cov1d.

Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Co­v1d-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala tervk.

Sementara itu, awal petang tadi pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.

Sumber : Mh

About admin

Check Also

Kecantikan Marissa Dania dipvji net1zen, “Cantik macam mama Abby”

Anak perempuan kedua kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang diberi nama Marissa Dania menar1k …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *