“Anak2 okey, cuma Yem nampak mak dia naik ambulans” -Bekas suami Nad Zainal

Berita tentang keadaan terkini pelakon, Nad Zainal yang dikhabarkan sedang kritik4l di Unit Rawatan Rapi (ICU) sememangnya mengejvtkan banyak pihak.

Difahamkan, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin berada dalam keadaan lem4h selepas mengalami jangkitan kum4n di paru-paru.

Tak tahu Nad s4kit, tapi nampak dia lem4h

Menerusi laporan dari Gempak, bekas suami kepada Nad iaitu Muhammad Faliq Amiruddin memaklumkan yang sempat bertemu dengan pelakon tersebut sebelum mengetahui dia dikejarkan ke h0spital.

Walaupun belum berkesempatan untuk melawat selebriti berkenaan di h0spital, dia mengatakan yang Nad sekarang sedang ditidurkan untuk membetulkan pernafasannya.

“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.
“Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke h0spital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lem4h.
Awalnya, saya tak tahu dia s4kit apa sebab dia hanya beritahu ada g4strik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan,” katanya.

Anak sulung seakan memahami

Ujarnya, ketika ini anak-anak mereka iaitu Ibrahim dan Khalsom telah dijaga oleh pembantu peribadi Nad dan dia ada bertemu mereka.

Menurut Faliq, anak sulungnya itu seolah memahami apa yang berlaku walaupun tidak begitu pasti dengan keadaan tersebut memandangkan melihat ibunya dibawa menaiki ambulans.

“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadan baik.
“Mereka pun tak berapa faham sangat… cuma Yem la ada rasa-rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Nad Zainal kritik4l

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu sebelum ini dimaklumkan sedang berada dalam keadaan kritik4l apabila pelakon, Ungku Ismail memuat naik Insta Story memohon orang ramai mendoakan kesihatan pelakon itu.

Semoga bekas isteri kuat demi anak2

Bekas suami kepada Nad Zainal turut berkongsi berita yang sama dengan berharap supaya pelakon berkenaan kuat dan kembali sihat seperti sedia kala.

“Awak kuat. Saya tahu”

Sumber: Gempak (Asyikin Mayudin)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *