Penyanyi, Sufie Rashid memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan kesejahteraan bapanya yang bakal menjalani pembed4han k4nser lidah hari ini.
Menurut Sufie, prosedur tersebut bakal mangambil sama selama 14 jam.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum semua. Esok pagi abah saya akan membuat oper4tion buang c4ncer lidah yang akan mengambil masa sekurang kurangnya 14 jam,” tulisnya.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyanyi lagu Aku Sanggup ini menerusi entri terkini di Instagram.
Katanya lagi, dia juga bimb4ng sekiranya pembed4han tersebut bakal memberi kesan terhadap keadaan jantung bapanya yang kini dikatakan berada dalam keadaan tidak kuat.
Bagaimanapun, penyanyi asal Singapura ini tetap yakin pembedahan bapanya itu bakal berjalan dengan lancar.
“Dengan keadaan jantung abah saya yang tak kuat, doctor mengesahkan sebagai ‘moderate to high risk’
“Saya minta jasa baik semua untuk doakan abah saya semoga urusan abah saya dipermudahkan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar bapa Sufie dapat segera pulih selepas ini.
“Semoga bapa tercinta Sufie cepat sembuh dan dipermudahkan InsyaAllah. Doa anak lelaki sangat kuat.
“Syafakallah. Semoga dipermudahkan segala urusan ayahanda kamu brother.
“InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
“Kita doa yang baik-baik. InsyaAllah akan termakbul.
“Ayah Sufie akan sentiasa berada dalam doa kami,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Apapun, kami juga turut menitipkan doa semoga segala urusan pembed4han berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Stay strong ya Sufie.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sufie Rashid