“Saya tidak memerlukan sesiapa untuk berpaut..”- Janna Nick rawat hati di Itali

Minggu lalu, ramai dikejvtkan dengan khabar pasangan kekasih selebriti, Janna Nick dan Dini Schatzmann yang dikatakan sudah menemui titik noktah.

Spekulasi itu timbul apabila Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memuat naik status sudah ‘single’ selain sudah tidak lagi mengikuti Instagram (IG) aktor, Dini Schatzmann.

Terbaharu, selepas beberapa hari mendiamkan diri, pelakon berusia 27 tahun itu seakan menepis dakwaan mengatakan pengakhiran kisah cinta bersama Dini hanya gimik semata-mata.

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, Janna dilihat tampil bersama imej baharu dengan rambut berwarna ungu yang kelihatan sangat manis dan sesuai digayakan olehnya. Malah, Janna turut mencoretkan kapsyen ringkas dalam hantaran tersebut.

“Jika ia memusn4hkan kamu, itu bukan cinta,”tulisnya.

Selain itu, aktres kelahiran Sungai Petani, Kedah ini menyatakan pemergiannya ke Itali bagi mer4wat luk4 dihatinya dan tidak ditemani oleh sesiapa, hanya seorang diri.

“Hanya saya sendirian, Perjalanan solo hingga saya m4ti. Saya tidak memerlukan tangan sesiapa untuk berpaut,”tulisnya di laman Insta Story.

Sementara itu, Janna turut berkongsi sebuah video memaparkan ruang bilik hotel itu berlatarkan lagu berjudul Me, Myself & I yang dinyanyikan Bebe Rexha.

@jannanickofficial

Me & myself is ??

♬ original sound – jannanick95

Healing je tau jangan hil4ng…

Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan memberikan kata-kata semangat buat Janna agar terus kuat. Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan mengatakan pelatun lagu berjudul Nakal supaya ‘healing’ hati sahaja dan bukannya menghilangkan diri.

Untuk rekod, pasangan tersebut sudah tiga tahun menjalin hubungan cinta dan setiap memori diraikan bersama pasti akan dikongsikan di media sosial.

Sumber: Instagram @jannanick, TikTok @jannanickofficial

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *