Penyokong nyanyi lagu kahwin, Safawi Rasid & Syifa Melvin nikah Disember depan?

Nama pemain bola sepak  Johor Darul  Ta’zim, JDT Safawi Rasid bukanlah asing lagi bagi warganet. Kejayaan ditempanya dalam dunia bola sepak Malaysia bukan calang-calang sehingga menjadi antara salah seorang pemain kegemaran ramai.

Bahkan, hubungan percintaannya dengan Syifa Melvin yang juga adik kepada aktres, Syatilla Melvin diketahui ramai terutama ada yang mendoakan agar dipermudahkan urusan mendirikan rumah tangga.

Selamat pengantin baharu Safawi Rasid

Terbaharu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok sehingga timbul satu dakwaan pemain bola sepak berusia 25 tahun itu bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya.

Dalam video berkenaan, dilihat Safawi yang juga pemain sayap kelab JDT berada di atas padang sambil ditonton oleh penyokong. Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah ramai bersorak dengan lagu pengantin kepada Safawi.

“Selamat pengantin baru Safawi Rasid,”tulisnya ringkas.

@fadly1508jb #boysofstraits #safawirasid29 ♬ bunyi asal – AhhBoySalo

Safawi nak kahwin dengan Syifa..

Perkongsian itu membuatkan ramai tertanya-tanya sama ada benar Safawi bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi sehinggalah ada beberapa netizen mengatakan pasangan kekasih berkenaan sudah siap membuat kad jemputan.

Difahamkan, majlis tersebut akan berlangsung pada awal Disember ini.

Patutlah penalti tak masuk

Sumber: TikTok @fadly1508jb

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *