Netizen Komen Macam Pemandu Lori & Tak Jemu Sokong GV9, Ann Artis; “Saya Biarkan Saja, Buat Macam Biasa.”

Tidak dinafikan, selain persembahan bintang dan gelagat spontan pengacaranya setiap minggu, penampilan para penyokong artis bertanding di program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) juga turut sama mencuri pandang.

Selain ‘klon’ penyanyi Ziana yang dikenali sebagai ‘Ziana Zain 2’ yang sering saja mencuit hati para penonton lain yang memenuhi Auditorium MBSA, Shah Alam dengan aksi menarik perhatian, ada juga peminat lain yang tak kurang ‘glamornya’.

@annartis662

Ni lah baju i untuk gv 10 mlm ni.

♬ original sound – Gempak

Bertemu dengan Ann Artis yang sering tampil yakin dengan persalinan nan menyerlah misalnya, dia antara peminat yang tidak pernah ketinggalan menyaksikan GV9 secara langsung ini.

Bagaimanapun, ada juga komen-komen n4kal yang mengvsik mengenai penampilan Ann, terutamanya di media sosial.

“Komen-komen sedemikian saya biarkan sahaja. Bagi saya ia satu gurauan dan saya okay. Saya jarang balas balik apa yang warganet perkatakan. Saya cuma bagi ‘love’.

“Kalau nak diikutkan antara komen paling lucu yang pernah saya terima ialah bila ada yang samakan saya dengan pemandu lori. Saya cakap tidak mengapa, mulut orang kita bukan boleh tutup.

“Reaksi saya, buat macam biasa. Tambahan pula saya ni jenis tak ambil kisah orang nak katakan apa terhadap saya. Malah ada juga yang beritahu mereka hanya bergurau, jadi saya faham,” katanya yang turut dikenali sebagai Cik B kepada MH.

@annartis662

Mlm ni gv minggu ke 9 ok.

♬ original sound – FST kodok hitamFST – FST SOLIHIN FST

Ditanya mengenai persalinan ‘meletup’ yang digayakan saban minggu, peminat berusia 30-an ini menjelaskan ia ditanya oleh seorang pereka fesyen.

“Baju saya memang ditaja, setiap minggu memang akan berbeza-beza,” katanya yang turut akui dia tidak pernah lelah untuk menyokong perkembangan seni tempatan.

“Saya memang sokong industri seni dan saya juga memang gemarkan hiburan. Untuk GV9 pula, saya suka dengan semua bintang bertanding. Cuma yang paling istimewa ialah Jaclyn Victor sebab bagi saya, dia ‘power’,” katanya lagi.

@annartis662

Sama akak zz mlm tadi

♬ bunyi asal – annartis866

Sumber : Mh

About admin

Check Also

Isu anak bising di kedai, suruh pelanggan lain makan di rumah… influencer mohon maaf

Baru-baru ini, seorang pempengaruh atau influencer yang dikenali sebagai Cikgu Ayu meluahkan rasa tidak puas hati apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *