Pelakon Nad Zainal dilaporkan tidak sed4rkan diri dan kini dir4wat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perub4tan swasta di Selangor akibat j4ngkitan kum4n di paru-paru. Menurut pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, setakat petang tadi Nad dilaporkan stabil, namun, masih berada dalam pemantauan doktor. “Saya sangat terperanjat apabila Nad dikejarkan ke h0spital menaiki ambulans malam semalam dan setakat petang tadi, dia masih ditempatkan di ICU serta tidak sedarkan diri.
“Saya pun tak dapat nak kongsikan lebih lanjut mengenai keadaannya, sebab dia berada di ICU. Nak melawat dia pun tak boleh sekarang ini. “Selain ris4ukan dia , saya juga bimb4ngkan anak-anaknya yang kini dijaga oleh pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Shahrulezad, dia memohon peminat dan orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Nad supaya cepat sembuh dan kembali sihat. “Kami sebenarnya serba salah nak promosikan drama kami yang bakal ditayangkan di Astro Ria memandangkan keadaannya (Nad) yang tidak mengizinkan ketika ini.
“Tapi, saya bersama rakan selebriti serta pasukan produksi berikhtiar dengan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin supaya dia kembali sihat serta mendoakan yang terbaik untuknya. “Dua minggu lepas dia ada berjumpa dengan saya. Ketika itu, keadaan dia okey saja, cuma nampaklah wajahnya sedikit let1h dan str3s. Tak sangka pula dia sedang menanggung kes4kitan dan rasanya dia pun tak tahu mengenai peny4kitnya itu,” katanya.
Terdahulu, pelakon gandingan Nad dalam drama Cina Buta, Ungku Ismail menerusi Instagram Story miliknya memohon orang ramai mendoakan keadaan ibu tunggal dua anak itu yang kini dir4wat di ICU.
Sumber Hmetro.