Tok Ram Kini 64 Tahun, Alyah Titip Ucapan; “Allah Berikan Kamu Untuk Aku Tahu Apa Itu Sab4r, I Sayang You…”

Maestro muzik, Datuk Ramli MS menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-64 pada Khamis dan isterinya, penyanyi Datin Alyah ada berkongsikan detik-detik jam 12 tengah malam bagi menyambut hari istimewa suaminya itu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Alyah atau nama sebenar, Noor Hasliah Abu Hasan, 41, ada memuat naik video menunjukkan gelagat Ramli atau lebih mesra dipanggil Tok Ram yang sedang sibvk bermain snuker sebelum menantikan hari baharu bagi menyambut ulang tahunnya itu.

“Happy birthday @tokram_ramlims.

“Semoga sentiasa berada dibawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat.

“Tahun ni tak ada surprise-surprise. Konsep terus-terang sahaja katanya… Bila ditanya apa tu? I pun jawab kek.

“Hari jadi you nanti malam, makan dengan kawan ya,” tulis Alyah di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Dalam entri tersebut, Alyah turut memuat naik ucapan romantis buat suaminya yang disifatkan telah banyak mengajarnya tentang erti kehidupan serta menjadi manusia yang lebih baik.

“Allah berikan kamu untuk aku belajar mengenal Allah. Allah berikan kamu untuk aku tahu apa itu s4bar.

“Allah masih berikan aku bersama kamu untuk aku ketahui bahawa aku juga manusia biasa, bila-bila saja mampu lakukan kekhil4fan.

“Allah Maha Hebat, diberikan pelbagai rasa dalam rumah tangga ini untuk aku tahu siapa yang terbaik buatku. I sayang you nie (honey),” titip Alyah.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu mendirikan rumah tangga dengan juri program Gegar Vaganza itu dalam sebuah majlis secara tertutup di Indonesia pada 18 Mac 2013.

Alyah turut memuat naik video kandidnya di Insta Stories.

Sumber : Mh

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *