Kuala Lumpur: Abang kepada penyanyi Zamani Slam iaitu Zulfazli Ibrahim men1nggal dunia pada malam tadi. Perkara ini disahkan oleh kenalan Zamani iaitu Mazrie dan juga Ahmad Naqiuddin.
Malah berita sed1h ini turut dikongsi oleh penyanyi terbabit menerusi media sosialnya. “Assalamualaikum… Dukacita saya dan keluarga ingin memaklumkan bahawa abang saya, Zulfazli Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir baru sebentar tadi. Mohon dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada arw4h dan doakan urusan arw4h dipermudahkan,” tulisnya.
Ahmad Naqiuddin atau Naqee ketika dihubungi berkata, sebaik mendapat berita itu dia segera menghubungi Zamani. “Ketika itu mereka (Zamani dan isterinya Nur Juliana) dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh kerana jen4zah berada di sana. “Zamani bagaimanapun tidak benarkan saya ke sana buat masa ini. Dia janji akan bagi info lengkap pada pagi nanti.
“Saya sendiri pun terkejvt dengan berita ini,” katanya kepada Harian Metro. Difahamkan Zulfazli ada melawat Zamani sebelum adiknya menjalani pembed4han membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit sc0liosis di Sunway Medical Centre Velocity, Cheras pada 7 November lalu.
Terdahulu Zamani kehilangan kakaknya Zuraidah Ibrahim pada 26 September akibat komplikasi buah pinggang. Jen4zah Zuraidah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Sebagai rekod, zamani dilaporkan selamat menjalani pembed4han bagi membetulkan tulang belakangnya yang melengkung akibat peny4kit sk0liosis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin.
Isteri bekas anggota kumpulan Slam itu, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu selain mengucapkan terima kasih atas doa peminat untuk kelancaran prosedur pembedahan berkenaan. “Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembed4han sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buatnya,” katanya.
Zamani, 51, dilaporkan menjalani pembed4han berkenaan selama dua jam setengah dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari akan datang.Berkongsi mengenai pembed4han itu sebelum ini, Zamani menjelaskan dia akan menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada tahap kekuatan antibodi dirinya.
“Menurut kata doktor saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu. Saya akan menjalani latihan fisi0terapi. “Untuk kembali pulih mungkin ambil masa selama tiga bulan. ia bergantung pada kekuatan antibodi,” jelasnya dalam satu majlis doa selamat yang berlansung pada minggu lalu.
Untuk rekod Zamani mula menghidap penyakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin tervk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.
Sumber : Om