Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sememangnya menjadi topik utama pada hari ini. Semua lapis masyarakat yang sudah layak mengundi diminta untuk keluar memangkah calon-calon yang mereka mahu untuk diangkat menjadi pemimpin.
Para selebriti juga tidak ketinggalan dalam hal tersebut dan masing-masing tidak ketinggalan untuk menunjukkan jari mereka yang sudah ditandakan dakwat yang mengatakan sudah membuang undi.
Tak nak penvnggang agama, pengkhi4nat jadi pemimpin
Antaranya ialah aktor kacak, Ben Amir yang sempat menitipkan pesanan di Twitter sebelum proses pembuangan undi bermula.
Menurutnya, dia mahukan pemimpin yang bukan daripada golongan pengkhi4nat negara, per4suah ataupun penungg4ng agama.
“Kumpulan penunggang agama, pengkhi4nat negara, per0mpak, penipu yang mengvcar k4cirkan keharmonian negara dengan menggunakan sentimen agama dan kaum harus dibu4ng.
Aku tak nak pemimpin yang r4cist, c3tek akal, corrupt dan takde kaliber as a leader Jadilah pengundi yang bijak,” tulisnya.
Harap akan ada masa depan yang cerah
Dia yang berkongsi gambar dengan berbaju putih selepas mengundi turut berharap supaya akan ada perkara yang lebih baik selepas ini di masa hadapan untuk pentadbiran negara.
Orang muda kena pandai memilih
Dalam pada itu, dia juga percaya bahawa orang muda yang bijak dan berakal tidak akan memilih mana-mana pemimpin yang bersikap rasis ‘mer0mpak’ harta rakyat dan kaki rasuah kerana masa depan negara akan terlihat dari kepimpinan ketua yang baik.
Perkongsian daripada Ben Amir itu telah mendapat maklum balas positif daripada warganet. Kebanyakan mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelakon drama Sweet Dream ini kerana masing-masing mengharapkan pemimpin yang berkaliber dalam mentadbir Malaysia di masa hadapan.
Sumber: Instagram Ben Amirr, Twitter BenAmir
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.