Nampaknya ramai peminat Najwa Latif masih ‘memb0ngkar’ kisah percintaan penyanyi itu selepas tiba-tiba selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Akwa Arifin minggu lalu.
Menurut laporan mStar Online, Najwa atau mesra dipanggil Wawa membuka cerita mengenai detik perkenalan dengan suami dimana dia yang meluahkan perasaan terlebih dahulu.
View this post on Instagram
“Wawa cakap, Wawa suka Akwa. Tapi Akwa cakap, dia perlu masa. Wawa pun tak kisah sebab Wawa cuma nak luahkan apa yang Wawa rasa.
“Dua bulan juga tunggu jawapan, lepas tu dia ajak keluar… dan Akwa pun confess dekat Wawa,” katanya menjawab salah satu soalan pengikut menerusi InstaStory.
Penyanyi berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi kerana pada awalnya Akwa seolah-olah enggan melayan tentang luahan berkenaan.
View this post on Instagram
“Kita memang rasa kena reject sebab macam saya hanya tahu dua jawapan iaitu ya dan ya. Kalau selain dari itu semuanya adalah tidak
“Bila Akwa kata dia perlukan masa, Wawa reda sahaja sebab dah bersedia untuk lepaskan. Saya rasa saya nampak macam perempuan creepy sebab banyak usik dia kemudian mengurat tiba-tiba luah perasaan pula.
“Kita hanya berborak bila perlu tapi suatu hari Akwa ajak keluar dan Akwa terus confess,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu.
View this post on Instagram
Terdahulu, Najwa atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif dan suami mendirikan rumah tangga pada 11 November lalu selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: mStar Online (Maszuhaira Sarimin) , Instagram Najwa Latif
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.