Baru-baru ini, penyanyi rock legenda Datuk Amy Search menjayakan ‘Konsert Anak Muda GEGOR Bera yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, Pahang sempena Karnival Keluarga Malaysia.
Seorang pengguna aplikasi TikTok, @rudyjerung2 ada memuat naik satu video memaparkan penyanyi berusia 64 tahun mengadakan persembahan sambil memanjat ke atas pembesar suara berdekatan pentas.
@rudyjerung2 karnival ank muda Gegar Bera.. stady la otai kita…harap ok la kaki tu…suara masih mantap ..??? #rockdulu2 #amysearch #searchpawana #haelhusaini #fyp #gegarbera ♬ bunyi asal – rudy jerung?
Bagaimanapun ketika melompat turun, Amy dilihat seolah-olah g4gal mengimbangi badannya sekali gus menyebabkan dia terj4tuh melutut sebelum segera bangun bagi meneruskan nyanyian lagu Pawana.
“Karvinal Anak Muda GEGOR Bera. Steady la otai kita… harap ok la kaki tu. Suara masih mantap,” tulis @rudyjerung2 memuji persembahan Amy meskipun berlaku kejadian tidak diingini.
Rakaman pendek berdurasi tujuh saat itu menerima 213,500 dan hampir 400 komen netizen yang rata-rata meluahkan rasa kasihan terhadap Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman.
@rudyjerung2 Membalas kepada @putribalqis35 #pawana #amysearch #searchpawana #stadyotai #fypシ゚viral #rockdulu2 #peewiit ♬ bunyi asal – rudy jerung?
Namun pada masa sama, mereka turut menasihati bapa kepada pelakon Nabila Huda itu agar jangan terlalu aktif ketika membuat persembahan kerana bimb4ng sekiranya berlaku sebarang kec3deraan.
Jiwa je muda, tenaga tak berapa dah
Penonton boleh tolong nyanyi
Alamak! Tak pasal kaki s4kit
Jangan lari, lompat.. b4haya dah 64 tahun
Selain Amy, konsert bagi menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penduduk Bera itu turut dimeriahkan oleh Hael Husaini, Afieq Shazwan, Zoey Rahman, Anna Jobling dan ramai lagi.
Sumber: TikTok @rudyjerung2
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.