Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah motosikal jenis Ysuku kepada seorang ibu muda yang bekerja sebagai Foodpanda Walker bagi memudahkan urusannya untuk menjalankan pekerjaannya.
Dapat hadiah Ysuku dari Ebit Lew
Wanita yang dikenali sebagai Emy, 23 itu dimaklumkan merupakan seorang anak yatim dan mempunyai seorang cahaya mata. Dia juga dikatakan telah lama terpis4h dengan suaminya dan tinggal berdua dengan anak sambil menjadi pemb4ntu sambilan di sebuah restoran di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai.
View this post on Instagram
Dalam proses m4hkamah
Namun begitu, menerusi ruangan komen posting yang dibuat oleh Ebit Lew di Instagram, seorang lelaki yang mengaku bahawa dirinya adalah suami kepada Emy menyatakan yang mereka baik-baik sahaja cuma status hubungan masih dalam proses m4hkamah.
Menurut Fakhrul Rosli dia dan isteri tetap saling berhubung demi anak tersayang. Mereka turut tinggal berhampiran dan segalanya masih dalam proses m4hkamah.
Masih sayangkan hubungan, mungkin ini uj1an
Ujarnya, dia masih menyayangi hubungan perkahwinan ini dan mungkin apa yang terjadi sebagai satu bentuk uji4n daripada Allah S.W.T untuk menguatkan lagi hubungan mereka.
Jadi, dia berharap supaya perkahwinan mereka terus bertahan dan memohon agar orang ramai terus mendoakan kebahagiaan mereka.
Akan cuba yang terbaik pert4hankan rumah tangga
Penjelasannya itu telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkannya menasihati pemuda tersebut supaya menjaga rumah tangga kerana mereka masih mempunyai anak kecil serta usia perkahwinan yang masih muda.
Jelas Fakhrul, jauh di sudut hatinya, dia masih lagi menyayangi isteri dan akan mencuba yang terbaik demi mempertahankan rumah tangga mereka.
Sumber: Instagram Ebit Lew
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.