Tindakan pelakon, Datin Paduka Eina Azman memuat naik beberapa posting menunaikan ibadah umrah buat kali kedua menarik perhatian pengikutnya di laman Instagram.
Hantaran tersebut memaparkan foto dan video Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina berkongsi momen sepanjang perjalanan di Tanah Suci bersama suami, Datuk Paduka Kaiser dan rakan-rakannya.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah… Umrah trip with my darling sister @__efza__ and @bard.hanief,” tulis pelakon berusia 27 tahun itu baru-baru ini.
Difahamkan, pelakon drama The Maid itu menyempurnakan nazar dengan membawa suami mengerjakan umrah selepas sembvh daripada j4ngkitan Cov1d-19 pada tahun lalu.
Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata meluahkan kesyukuran atas rezeki Eina yang berpeluang menjadi tetamu Allah SWT serta mendoakan dia dapat istiqamah dalam menutup aurat.
Moga kekal istiqamah
Moga Allah terima ibadah kita semua
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen lebih tertarik sekali gus berseloroh mengenai saiz kaca mata atau ‘sunglasses’ yang digayakan pelakon berkenaan dalam pelbagai jenis bentuk.
View this post on Instagram
Spek besar-besar tu kenapa eh?
Macam pertandingan pula
Macam-macam jenis spek, yakin sungguh
Untuk rekod, Eina dan suami berkahwin pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan kembar, Aubrey dan Karl yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Instagram Eina Azman
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.