Baju dikatakan seks1, Syafinaz beri respons – “Kalau tak suka, just swipe”

Juri tetap program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat tampil memberi respon berhubung penampilannya yang dikatakan seks1 dan kurang sesuai untuk ditonton secara umum.

Menurut laporan Kosmo! Online, Syafinaz menjelaskan, itu adalah imejnya sejak dahulu lagi dan meminta orang ramai mengabaikan saja sekiranya tidak gemar dengan penampilan tersebut.

“Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.
“Jadi kalau anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira (dengan penampilannya), abaikan.
“Semuanya pilihan kita sendiri. Nak komen pun jika perlu sahaja. Kalau rasa tak nak komen, jangan komen apa-apa,” katanya yang juga guru vokal.

Malah, dia juga menasihatkan orang ramai agar jangan memeningkan kepala sendiri dengan memberi komen terhadap individu lain.

“Kenapa awak perlu susahkan hati dan minta? Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini.
“Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak k4cau awak, awak jangan k4cau saya,” ujarnya.

Tambah Syafinaz, dia mempunyai pasukan tatarias yang sangat dipercayai bagi menjaga fesyen dan penampilan digayakan sepanjang konsert mingguan GV9.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ashley wong (@ashley_kapas)

“Mereka tahu dan lebih teruja berbanding saya setiap minggu. Saya hanya akan luluskan apa yang saya mahu.
“Pada saya, kita perlu berfesyen tapi jangan jadi hamba fesyen. Jangan buat benda yang menyebabkan kita nampak bvruk,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Syafinaz mengenakan busana dihasilkan daripada kain seperti ‘lace’ atau ‘net’ dipercayai sehingga menampakkan kulitnya pada bahagian d4da serta lengan.

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Twitter @majalahremajaMY , Instagram ValShuQ iZzadi Artistry & Ashley Wong

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Cur4ng, You All Yang Fitn4h Suami Saya”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Datin Paduka Eina Azman memuat naik video dirinya men4ngis sekaligus …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *