Kebiasaannya, setiap hantaran di laman grup Facebook Edit Apa Hari Ini akan diakhiri dengan gelak tawa apabila seseorang meminta ahli di dalam itu untuk menyunting sesuatu gambar.
Walau bagaimanapun, ada ketikanya suasana dalam grup tersebut bertukar menjadi ser1us dan seb4k apabila ia melibatkan permintaan seseorang itu menyentuh hati nurani ramai.
Terbaharu, seorang wanita dikenali DhiyaSyajaah MohdAzmi meminta agar gambar dia bersama anak yang baru dilahirkan disunting bersama suaminya yang telah meningg4l dunia sewaktu perayaan AidilAdha lalu.
“Nak minta tolong pakar-pakar editkan gambar suami berdiri sebelah saya dan anak kami. Arw4h suami meningg4l masa raya haji, tak sempat lihat anaknya lahir.
“Semoga gambar ini dapat jadi tatapan buat anak kami kelak, mesti dia seronok sangat. Terima kasih semua,”tulisnya.
Dia juga berharap agar gambar tersebut akan menjadi sesuatu bermakna buat anak setelah dewasa kelak kerana mempunyai gambar bersama seorang insan bergelar bapa meskipun takdir memisahkan mereka.
Ini je mampu, moga ceria selalu
Rata-rata penghuni grup tersebut sedaya upaya menghasilkan suntingan bermakna buat tatapan anak wanita berkenaan. Mereka juga berharap agar dengan suntingan tersebut ia dapat menceriakan dan melengkapkan gambar keluarga kecil itu.
Malah, ramai turut menitipkan mendoakan agar arw4h suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan anak tersebut menjadi seorang insan yang membahagiakan ibunya.
Sumber: Facebook Edit Apa Hari Ini
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.