Memang suka sama suka, Najwa Latif dedah bertunang bulan 6 dengan suami

Berita perkahwinan penyanyi wanita, Najwa Latif dan Akwa Ariffin pastinya mengejvtkan banyak pihak lebih-lebih lagi kepada peminat mereka yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut sejak zaman persekolahan lagi.

Diam2 dah jadi suami isteri

Mana tidaknya, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Najwa atau biasa dipanggil Wawa memuat naik gambar diatas pelamin dengan menyatakan bahawa sudah ‘grad’ selepas selesai majlis pernikahan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif)

Memang dah suka sama suka

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian pasangan tersebut di beberapa temu bual, mereka memaklumkan yang sudah bertunang pada bulan Jun tempoh hari dan hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

Tambah Wawa, mereka sememangnya sudah ada hubungan seperti beberapa spekulasi sebelum ini namun memilih untuk tidak memberitahu kepada umum kerana merasakan ia bersifat perbadi.

“Masa kiteorang berkolaborasi tu, saya suka Akwa dan Akwa suka saya tapi kami tak cakap apa-apa. Kami tetap profesional sebab t4kut apa-apa jadi atau confess tak jadi nanti m4lu pulak kan nak kerja sama-sama,” jelas Wawa.
“Lepas kerja habis barulah kita ambil keputusan untuk teruskan hubungan,” kata Akwa pula.

Akan teruskan kerjaya masing2

Menerusi YouTube aidilsk8 juga, Wawa dan Akwa menyatakan yang mereka tetap menerusikan kerjaya masing-masing memandangkan sudah tahu apa yang dilakukan pasangan sebelum ini.

Ditanya lokasi berbulan madu, pasangan berkenaan menyatakan mereka tidak mendapat cuti yang panjang dan mungkin hanya akan merencanakan percutian pada tahun hadapan.

Di akhir perkongsian tersebut, pasangan berkenaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka selama ini dan berharap doa-doa baik tersebut berbalik kepada mereka.

Sumber: YouTube aidilsk8

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Takvt Hil4ng Imej ‘Isteri Teran1aya’..” – Syamsul Buat Surat Terbuka, Dakw4 PS Bersungguh Suruh T4rik K3s Nusyuz

Tengah pagi semalam, pengarah Syamsul Yusof dilihat memuat naik satu surat terbuka buat isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *