Ulang tahun kelahiran biasanya disambut dengan nyanyian ‘selamat hari jadi’, tidak kurang ada juga segelintir individu mer4ncang bagi melakukan pelbagai kejut4n istimewa.
Situasi seperti itu dijayakan oleh sekumpulan individu berbangsa Cina ini yang meraikan hari lahir salah seorang rakan mereka dengan kejut4n paluan kompang.
Menerusi laman Facebook, 張雋藤 memuat naik satu video memaparkan rakannya itu terpinga-pinga apabila melihat kumpulan pemain kompang masuk ke dalam ruang tempat makan mereka.
Lagu ‘happy birthday’ versi kompang!
Sebaik menyedari itu adalah ‘hadiah’ hari lahirnya, pemuda tersebut dilihat tersipu-sipu m4lu namun dalam masa sama, masih tersenyum sambil melayan paluan yang meriuhkan suasana di lokasi berkenaan.
Di penghujung video berdurasi kira-kira dua minit itu, pemuda berkenaan tidak lupa memberikan reaksi terima kasih kepada pemain kompang yang menjadi sebahagian bagi menjayakan sambutan hari lahirnya.
Video tersebut mendapat 11,000 perkongsian dan 17,000 tanda suka dalam kalangan netizen yang rata-rata terhibur dengan idea atau kerja ‘gil4’ dilakukan oleh rakan-rakan pemuda terbabit.
Tida kurang ada juga ‘menyeru’ rakan masing-masing di ruangan komen sekiranya mahu membuat kejut4n seperti itu untuk individu tertentu.
Meriah betul! Ingatkan dilamar
Baru la 1 Malaysia
Terbaik kawan-kawan dia! Selamat hari lahir
Kita pun buat macam ni la nanti
Kreatif.. macam mana boleh terfikir tempah kompang?
Sumber: Facebook
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.