Wanita berkahwin dengan lelaki lebih berusia itu perkara biasa. Tetapi, dengan berjalannya waktu, lelaki berkahwin dengan wanita yang berbeza jauh usianya bukan lagi satu perkara as1ng atau perlu diperdeb4tkan.
Beza usia 23 tahun
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda di TikTok apabila menceritakan kisah bagaimana dia tergerak hati menyunting isteri tercinta untuk dijadikan suri di hatinya walaupun jarak usia mereka adalah 23 tahun.
Menerusi TikTok @geemie8599, dia yang lahir pada tahun 1998 telah berkahwin dengan isterinya yang kini sudah berusia 47 tahun.
@geemie8599 #fypage #fypppppoppppppppppppppppシ #papamuda #jodohku #alhamdulillah❤️ ♬ bunyi asal – GEEMIEGAS
Niat nak b4ntu ibu tunggal
Ujarnya, dia hanya berkenalan dengan isteri selama 5 bulan menerusi Facebook dan terus menjadikannya isteri kerana berasa terpanggil untuk membantu wanita berkenaan yang ketika itu merupakan ibu tunggal dengan 5 orang anak yang masih memerlukan perhatian.
Keluarga menerima
Dia yang kini sudah berumah tangga selama 4 tahun akui sangat bahagia lebih-lebih lagi anak-anak tiri sangat menerima kehadirannya sebagai ‘bapa muda’.
@geemie8599 #papamuda #alhamdulillah❤️ #tanggungjawab #perancanganallahlebihbaik ♬ Sayunk I Love You – Chombi
Anak2 h0rmat sebagai bapa walau hampir sebaya
Walau bagaimanapun, pemuda tersebut akui bahawa pada awalnya ada juga perasaan kek0k apabila anak sulung isterinya hampir sebaya dengannya, namun dia bersyukur kerana anak-anak tetap menghormatinya.
Dia juga menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang bapa selepas sah bergelar suami kepada ibu mereka.
Kalau dah jodoh…
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata memuji pemuda berkenaan kerana mempunyai niat yang murni dan mendoakan agar mereka sekeluarga hidup harmoni hingga ke akhir usia.
Semoga terus bahagia dan berkekalan
Siapa kita nak menidakkan takdir
Jodoh tu rahsia Allah
Sumber: TikTok @geemie8599
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.