BCL dah balik Indonesia, Ariel tak sempat jumpa di Kuala Lumpur

Harapan peminat bagi menyaksikan penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) muncul pada konsert Noah Live In Kuala Lumpur di Zepp malam esok tidak kesampaian.

Menurut laporan BH Online, ini kerana BCL sudah pulang ke Indonesia seperti disahkan vokalis Noah, Ariel pada sidang media konsertnya hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariel (@arielnoah)

“Saya dan BCL tidak sempat bertemu. Saya tiba, manakala BCL pula sudah pulang ke Indonesia.
“Setakat ini, kami belum ada perancangan berkolaborasi memandangkan konsert malam esok khusus buat peminat Noah.
“Lagipun, kami sudah lima tahun tidak bertemu dengan peminat di Malaysia, jadi esok hari bersama peminat,” kata Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham.

Penyanyi berusia 41 tahun itu berkata, dia juga merancang untuk mengundang pemuzik tempatan sekiranya melakukan sebarang konsert kolaborasi yang mungkin diadakan pada tahun hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariel (@arielnoah)

Dalam pada itu, Ariel mengakui tidak sabar bertemu dengan peminat di Malaysia selepas kali terakhir mengadakan konsert pada 2017.

“Tidak semua lagu akan dipersembahkan, tetapi tentunya lagu hits akan dinyanyikan dan tidak ketinggalan lagu daripada dua album baharu.
“Antara lagu yang akan dibawakan termasuklah Wanitaku dan Di Atas Normal yang akan digubah kepada versi lebih segar.
“Selain itu, banyak kejutan yang akan dibawakan pada konsert bagi mengub4ti kerinduan peminat,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariel (@arielnoah)

Sumber: BH Online (Serimah Mohd Sallehuddin) , Instagram Ariel Noah

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Syamsul Kecew4 Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam

Pengarah sens4si, Syamsul Yusof meluahkan rasa kecew4 apabila tidak dapat bertemu dengan isteri pertamanya, Puteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *