Meskipun sibvk dengan kerjaya sebagai anak seni, pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof tidak lupa berbudi kepada tanah dengan mengusahakan ladang durian Musang King.
Menerusi satu posting di aplikasi TikTok, pengarah berusia 38 tahun itu berkongsi video ketika melawat ke kawasan ladang tersebut sambil merakam persekitaran yang dipenuhi pokok tanaman.
@syamsulyusoffilm melawat ladang..mudah mudahan allah izin.#musangking #fyp ♬ bunyi asal – syamsulyusoffilm
“Melawat ladang.. mudah-mudahan Allah izin,” tulis pengarah filem Mat Kilau itu tanpa mendedahkan maklumat lanjut mengenai ladang yang diusahakan.
Rakaman berdurasi 29 saat itu menerima 765,000 tontonan dan lebih 1,500 komen netizen yang rata-rata memuji usaha Syamsul ‘bercucuk tanam’ sebagai pelaburan untuk masa depan.
Selain itu, terdapat juga segelintir individu mendoakan anak kepada penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam itu supaya terus meraih kejayaan serta dimurahkan rezeki.
View this post on Instagram
Mantap! Berbudi pada tanah
Demi masa depan!
Alhamdulillah.. murah rezeki
Dah jutawan pun turun ke ladang
Terdahulu, kejayaan luar biasa filem Mat Kilau mendorong kerajaan membantu penggiat filem menghasilkan lebih banyak karya kenegaraan dengan memperuntukkan berjumlah RM50 juta dalam Bajet 2023.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Syamsul berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liaya pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Sumber: TikTok & Instagram Syamsul Yusof
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.