Rajin Layan Staf McD Nak Bergambar Di Kaunter Drive Thru, Netizen Puji; “Neelofa Ni Sebenarnya…”

Tidak dinafikan pengacara dan usahawan, Neelofa merupakan satu nama besar dalam industri hiburan tempatan dan apa sahaja yang dilakukannya pasti mendapat perhatian ramai.

Walaupun cukup dikenali ramai, namun keperibadian ramah dan ‘humble’ yang ditunjukkan ibu kepada Muhammad Bilal itu pantas meraih perhatian netizen menerusi video yang dimuat naik Neelofa di laman TikTok miliknya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dilihat ramah melayan pekerja di sebuah restoran makanan segera ketika dia dan suami, PU Riz membuat pesanan secara ‘drive thru’.

Permintaan mereka dilayani dengan baik pasangan suami isteri itu apabila sempat bergambar swafoto bersama-sama dan Neelofa menulis, “McD delivery ke kereta, pakej dengan selfie” pada keterangan video tersebut.

@neelofa

♬ original sound – neelofa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui Neelofa sememangnya seorang yang cukup mesra dan tidak somb0ng dengan peminat.

“Neelofa ni sebenarnya tak somb0ng pun. Baik, layan je peminat dia. Saya sempat bergambar masa di AEON baru-baru ni, depan-depan sangatlah cantik.

“Comelnya rajin melayan.

“Mestilah wajib bergambar.

“Baik Lofa, tak somb0ng.

“Harap adik-adik ni upload la gambar yang selfie tu, kami pun nak tengok,” komen sebahagian netizen.

Sumber : Mh

About admin

Check Also

Nanti dapat Pnyaklt? minta buat pmbedahan Netlzen tegvr berat badan, sekali Ini ayat Padu Almy nadia

Sejak akhir-akhir ini, netizen memberi perhatian kepada perubahan fizikal pelakon berbakat besar, Datin Almy Nadia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *