Pelakon terkenal, Datin Lisa Surhani ketika ini dkhabarkan sedang mengerjakan umrah bersama suami tercinta, Datuk Yusry Abdul Halim.
Dia dan suami juga tidak lokek berkongsi momen sewaktu di Tanah Suci di Instagram mereka dan dihujani komen-komen positif daripada para peminat.
View this post on Instagram
Wajah tenang buat semua bahagia
Dalam hantaran terbaru pelakon filem Instanbul Aku Datang itu, dia telah memuat naik beberapa gambar bersama suami dengan berpakaian ihram.
Penampilannya yang sederhana tanpa secalit makeup benar-benar menyerlahkan seri dan cahaya sehingga ada sesetengah warganet mengakui tenang melihat wajah pelakon tersebut.
View this post on Instagram
Inspirasi wanita muslimah
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas positif ke posting yang dibuat oleh Lisa kerana berasa wajahnya yang cukup bersih.
Mereka turut mendoakan agar selebriti kesayangan mereka mendapat umrah yang mabrur serta terus diberkati dunia dan akhirat.
Wajah berseri indah
Natural beauty sangat Lisa ni
Bercahaya wajah Lisa
Semoga peroleh umrah yang mabrur
Pasangan selebriti itu dikhabarkan sudah seminggu mengerjakan umrah dengan mengikuti satu travel agency apabila momen mereka berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diabadikan di Instagram dan mendapat pujian ramai.
Semoga semua yang sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci dipermudahkan dan pulang dengan selamat ke Tanah Air.
Sumber: Instagram Lisa Surihani
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.