Ibu kepada pelakon Wafariena Roslan iaitu Suzana Hamad meluahkan rasa kecew4 dengan sikap usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli yang cuba melibatkan anaknya itu ke dalam g0sip cinta sehingga mendatangkan publisiti mur4han di media sosial.
Menurut laporan Harian Metro, Suzana mendedahkan pada hari kejadian, dia berada di set penggambaraan bersama anaknya itu dan mengatakan Iqbal terlebih dahulu mahu bergambar bersama Wafariena atau lebih dikenali sebagai Wafa.
“Saya ada di lokasi penggambaran itu dan Iqbal yang minta izin untuk bergambar dengan Wafa. Saya pun benarkan kerana mengambil gambar adalah perkara biasa bagi seseorang artis.
“Tapi, tak tahu pula ia cuba dijadikan modal oleh Iqbal untuk mengaitkan Wafa dengan g0sip cinta yang tidak wujud, namun terpalit dengan publisiti mur4han sebegitu.
“Kalau betul dia (Iqbal) nak kenal Wafa lebih dekat, kenapa tak beritahu dan tanya pada saya yang ada sama di lokasi berkenaan. Ini terus buat luahan di Instagram dan apa motif sebenarnya?,” katanya.
Terdahulu, perkongsian gambar yang dilakukan oleh Iqbal bersama Wafariena di laman sosial telah mengundang reaksi positif netizen dimana mereka menganggap kedua-dua selebriti itu kelihatan sesuai serta sepadan bersama untuk menjadi sebagai pasangan.
Namun begitu, Wafariena berkata, dia tidak gemar dikaitkan dengan pengakuan usahawan itu yang tiba-tiba mendedahkan mahu mendekati dirinya.
Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.