Selepas beberapa ‘hint’ dan gambar keberadaan mereka dihidu netizen, akhirnya pelawak terkenal, Shuib Sepahtu mengaku yang memang kini dia berkawan rapat dengan seorang usahawan dikenali sebagai Watie Hanifiah.
Kami sedang berkawan
Walaupun sudah beberapa kali dikaitkan dengan selebriti wanita yang lain, namun nama usahawan itu seakan paling tepat diantara andaian-andaian netizen selama ini.
“Kalau saya bergambar dengan mana-mana wanita, ada sahaja diperkatakan. Jika ia seperti yang diperkatakan maka itulah sebenarnya. Apa boleh saya cakap sekarang ini sedang berkawan.
“Kalau dia boleh menjadi jodoh saya, apa salahnya? Doakanlah saya,” katanya.
View this post on Instagram
Pengakuan tersebut dibuat susulan daripada tularnya gambar penyampai radio Suria FM itu bersama anak-anak di sebuah restoran makanan mewah dengan terlihat s0sok usahawan itu di sebalik cermin di belakangnnya.
View this post on Instagram
Minta doa yang baik2
Namun begitu, Shuib mengakui yang dia lebih mengutamakan anak-anak dalam mencari teman hidup baru. Dia juga engg4n mengul4s lanjut berkenaan jodoh dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik untuknya serta sentiasa berusaha untuk ke arah tersebut.
“Sekarang ini saya lebih fikirkan kepentingan anak-anak. Sebagai bapa saya tahu apa yang kurang. Mereka perlukan kasih sayang dan sentuh4n seorang wanita. Kalau orang ini yang boleh berikan perkara tersebut, tidak salah untuk saya cuba berkawan.
“Takut nak bercakap panjang soal jodoh, jadi saya serahkan kepada ketentuan Allah. Tetapi saya juga perlu berusaha ke arah itu,” jelasnya.
View this post on Instagram
Mohon netizen berikan ruang
Dalam pada itu, Shuib memohon netizen tidak segera menj4tuhkan hukvm andai dia berkawan dengan mana-mana wanita.
Menurutnya, dia sedikit kecew4 apabila tanggapan-tanggapan tersebut seperti lebih mengetahui soal jodohnya.
“Saya tahu mungkin ramai yang ambil berat tentang saya. Berikanlah saya ruang untuk menyusun dan melalui fasa ini. Harap semua tidak terlalu cepat mengkrit1k. Pastinya saya akan ambil kira semua aspek sebelum buat keputusan untuk kembali berkahwin.
“Apabila ada yang terlalu cepat menilai dan j4tuh hvkum, ia membuatkan rasa terasa hati. Saya pun tak tahu apa yang orang mahukan,” ujarnya.
View this post on Instagram
Untuk rekod, bapa kepada 4 orang cahaya mata ini telah berkahwin dengan penyanyi terkenal, Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Namun begitu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan j4ngkitan Cov1d-19 selepas melahirkan anak mereka yang keempat iaitu Ayash Affan yang kini berusia 1 tahun.
Sumber: Mstar (Farol Hadi)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.