Model terkenal yang juga bintang televisyen Perancis, mengumumkan dirinya kini telah memelvk Islam, malah baginya, detik-detik bersejarah tersebut merupakan hari paling gembira dalam hidupnya.
Difahamkan, Marine sudah memelvk Islam sejak beberapa bulan lalu namun belum mended4hkannya kepada umum. Bagaimanapun, pada hari Rabu lalu, beliau berkongsi berita gembira itu melalui laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto dan video detik bersejarah dalam penghijrahannya memelvk Islam.
Dalam pada itu, model popular ini turut berkongsi momen dia mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan imam di dalam sebuah masjid. Marine yang memakai busana serba hitam, melafazkan kalimah suci tersebut dengan lanc4r.
Terdapat jalan yang perlu anda lalui sendirian. Tiada kawan, tiada keluarga, tiada pasangan. Hanya awak dan Allah. Sebahagian daripada anda mengetahuinya tapi masih ramai yang bertanya soalan tentang penghijrahan ini. Walaupun saya berasa terpelihara setelah berhijrah, saya tidak pernah mengisytiharkannya secara rasmi bahawa saya sudah memelvk Islam beberapa bulan yang lalu
Di samping itu, Marine juga ada berkongsi beberapa foto dirinya mengerjakan ibadah di sekitar Kaabah di Masjidil Har4m. Malah, model berketurunan Maghribi-Mesir ini tidak malu untuk memberitahu dirinya menukar agama dan meneg4skan bahawa dia memilih Islam kerana percaya ia dapat memberi ketenangan fikiran, hati dan jiwa kepadanya.
Moga perjalanan rohani ini akan terus mendorong dan membimbing saya, insya-ALLAH. Saya tidak m4lu menukar agama dengan memilih Islam kerana percaya agama Islam memberi ketenangan fikiran, hati dan jiwa.
Bukan itu sahaja, berita penghijrahan model ini disambut baik oleh peminat-peminatnya dan mereka mengucapkan tahniah atas keputusannya yang ber4ni berhijrah sedang berada di punc4k populariti serta diikuti lebih 1.5 juta pengikut di Instagram.
Video:
View this post on Instagram
Sumber: The Siasat Daily & Instagram