Nampak sepadan bersama, ramai mahu Iqbal & Wafariena cepat kahwin -“Jangan tunggu lama2”

Sudah lama kita tak dengar khabar mengenai usahawan sens4si, Iqbal Zulkefli di laman sosial. Sebelum ini, dia sering menjadi bualan netizen gara-gara kontr0versi percintaannya bersama usahawan popular, Datuk Seri Vida.

Namun, kisah percintaan antara mereka akhirnya menemui titik noktah apabila Iqbal memaklumkan dia bersama Vida memilih untuk menjadi rakan baik berbanding hidup sebagai suami dan isteri.

Bagaimanapun, perkongsian Iqbal di laman sosialnya bersama seorang aktres kian meningkat, Wafariena Roslan telah berjaya meraih perhatian netizen sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dan krit1kan orang ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Iqbal di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa gambar dengan pelakon itu yang dipercayai digandingkan bersama di dalam sebuah telemovie Pok Yie.

“Saya hilang kata-kata nak diungkapkan. Boleh siapa bantu?” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Nampak sesuai lah Iqbal dengan Wafa!

Perkongsian yang dilakukan oleh Iqbal di laman sosial telah mengundang reaksi positif netizen dimana mereka menganggap kedua-dua selebriti itu kelihatan sesuai serta sepadan bersama untuk menjadi sebagai pasangan.

Semoga berjaya dunia dan akhirat Iqbal!

Dalam pada itu, ramai yang kagum dengan sikap  Iqbal yang sentiasa merendah diri dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya sendiri dan mendoakan agar dia menemui jodoh yang sesuai kelak.

Sumber : omm

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *