Beberapa hari lalu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dan rakan-rakannya membuat review makanan terhadap perniagaan pencuci mulut yang diusahakan oleh influencer TikTok di kenali sebagai Kieda.
Dalam video tersebut, mereka dilihat mengh1na bau dan rasa beberapa jenis makanan yang dibeli di Kieda Crepe, malah salah seorang daripadanya menyamakan makanan tersebut seperti bau ‘bont*t’.
@wawannxz Ramai je repeat beratur walaupun 4 jam , tekak orang lain2 #kiedacrepe ♬ Bebaskan Diriku Cover – ♪DEDYY
Agak2 la nak review pun
Video tersebut menerima banyak krit1kan ramai di mana rata-rata warganet berpendapat pandangan tersebut seolah-olah menj4tuhkan perniagaan dan periuk nasi orang lain.
Tampil buat permohonan maaf
Selepas menerima banyak krit1kan dan cemvhan daripada ramai netizen, lelaki yang dikenali Faiz Roslan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka apabila dikatakan telah menj4tuhkan perniagaan seseorang.
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok miliknya, @abg_f4iz membuat permohonan maaf secara terbuka selain sudah menghantar mesej kepada Kieda atas keterlanjuran tindakan dia dan rakan-rakan.
“Saya dah hantar WhatsApp pada Kieda. Saya cuba telefon, tetapi g4gal juga. Secara peribadinya, saya dan kawan-kawan minta maaf mengenai review makanan yang dikatakan mel4mpau dan tersalah review, baru-baru ini. Saya nak minta maaf sangat, sangat.
“Untuk vendor di Kieda Crepe juga kami minta maaf pasal review makanan tersebut. Satu lagi, saya nak minta maaf pasal kawan saya ada cakap bau makanan itu tidak elok,”ujarnya.
Kami minta maaf bnyak2 ??
Tiada ni4t langsung, itu hanya gurauan sahaja…
Selain itu rakan wanitanya juga tampil menerangkan kejadian sebenar di mana mereka tiada niat langsung bertindak sedemikian, sebaliknya ia hanya gurauan sahaja.
“Itu hanya gurauan sahaja, gurauan dengan kawan-kawan. Lagi sekali saya minta maaf,”ujarnya.
Faiz pula berkata, dia dan rakan-rakan langsung tiada niat untuk menj4tuhkan perniagaan pengusaha makanan memandangkan mereka dari bidang berlainan.
Pun begitu, dia akan mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang telah memberi ugvtan kepada dia, ahli keluarga rakan-rakan setelah video review tersebut tular.
Sumber: TikTok @twinschekeika, @abg_f4iz
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.