“Jaga Tepi Kain Sendiri Sebelum Jaga Tepi Kain Orang” – Fezrul Khan Bela Anjing Untuk Kebun

Nama pelakon, Fezrul Khan mula jadi bualan ramai apabila dia memuat naik video memegang seekor anjing. Ramai yang tertanya-tanya adakah pelakon ini membela haiwan tersebut memandangkan video dirakam menunjukkan persekitaran rumah.

Terbaru, Fezrul memuat naik foto berada di sebuah kebun. Katanya, dia memang ada hobi menanam pokok, tapi bukanlah sayur-sayuran. Dalam perkongsian itu turut kelihatan anjing jenis K9 menemaninya.

Memetik lap0ran OhBulan, pelakon ini mengaku ada bela enam ekor anjing untuk menjaga kebunnya. Dia melatih anjing-anjing supaya dia selamat ketika di kebun.

Jelas pelakon ini, dia ada tanam pokok dan dalam masa yang sama perlu p4tuh kepada jadual kerja. Kadang kala dia ‘terskip’ jadual baja pada siang hari, jadi dia perlu membaja pada waktu tengah malam.

Di situ la fungsi anjing-anjing saya. Pernah baca pasal nenek dalam perut ular sawa? Orang yang tert1mbus dalam runtvhan bangunan, anjing k9 yang selamatkan.

Anjing adalah ciptaan Tuhan. Saya jaga anjing untuk keselamatan saya juga. Cuba duduk dalam hutan sorang, baru tau macam mana rasa.

Pel4cur bagi anjing kehausan pun masuk syurga. Jadi jangan suka-suka tuding jari orang ini masuk ner4ka atau syurga.

Meninjau ke Instagram, Fezrul mendedahkan anjing peliharaannya bernama Bobo m4ti dir4cun orang yang busuk hati.

Kata Fezrul anjing jenis k9 ada banyak kegunaan dan harganya juga tak murah.

Pelakon ini bagaimana pun berharap Allah SWT membalas perbuatan individu tersebut. Dia juga hanya mampu aminkan doa segelintir orang yang menvduhnya akan masuk neraka kerana syurga neraka bukanlah ditentukan oleh manusia.

Kredit: Instagram Fezrul Khan | OhBulan

About admin

Check Also

Jod0h awal.. baru habis SPM, remaja bergelar isteri – “Semalam sek0lah, hari ni nikah”

Jodoh awal atau lewat, semuanya sudah ditetapkan Allah SWT sejak di Luh Mahfuz. Paling penting, masing-masing …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *