Penampilan manis Nad Zainal yang kini ayu bertudung sememangnya telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata peminatnya memuji imej barunya yang dilihat lebih sopan.
Semakin cantik
Menerusi perkongsian dari Mstar, Nad mengakui yang dia kini sedang berjin4k-jin4k untuk menutup aurat dengan sempurna dan berharap agar peminat dapat mendoakan perub4hannya.
“Saya sebenarnya tidak mahu bercerita tentang penampilan terbaharu ini. Saya minta maaf.
“Cuma saya ingin anda semua doakan yang terbaik kerana saya juga masih belajar,” katanya
Ada baki kerja yang memerlukan tak berhijab
Walau bagaimanapun, Nad enggan mengul4s dengan lebih lanjut berkenaan perub4hannya itu dan menjelaskan ada baki dua tuntutan kerja yang memerlukannya untuk tidak bertudung.
“Saya masih ada dua tug4s yang memerlukan saya tidak berhijab kerana telah dipersetujui sebelum ini. Ia merupakan projek drama bersiri dan sebuah filem,” katanya
Tak rasa akan h4lang kerjaya
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32 memaklumkan yang niat ingin bertudung sudah terlintas di hatinya sejak dua tahun lalu dan merasakan imej tersebut bukan satu pengh4lang untuknya meneruskan karier sebagai seorang pelakon.
“Keinginan untuk berhijab mula timbul sejak dua tahun yang lalu. Bagi saya, tidak ada masalah sekiranya saya berhijab.
“Saya percaya kepada rezeki, tambah pula kalau kita lihat ramai sahaja pelakon berhijab yang masih mampu membawakan pelbagai watak contohnya seperti Noorkhiriah,” ujarnya.
Sebelum ini, Nad telah menjadi perbualan peminat di media sosial apabila tampil berhijab ketika melakukan pengambaran untuk program travelog sewaktu di Thailand.
Rata-rata peminatnya telah memuji penampilan pelakon tersebut yang dilihat semakin cantik dan lebih sopan apabila mengenakan tudung.
Sumber: Mstar (Ain Norman)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.