Baru 2 bulan bernikah, suami Salamiah Hassan meningg4l dun1a

Suami kepada penyanyi senior, Salamiah Hassan, 71 iaitu Gerry Hughes, 68 dilaporkan meningg4l dunia pagi semalam.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh anak kepada penyanyi wanita itu iaitu Atilia Haron yang juga merupakan seorang selebriti.

Ibu dalam perjalanan ke Tasmania

Menerusi Harian Metro, Atilia memaklumkan yang ibunya kini dalam perjalanan ke Tasmania, Astraulia dan berita pemergian bapa tirinya itu dikhabarkan oleh Salamiah kepada keluarga pada pagi Jumaat.

“Kami sekeluarga menerima berita pemergian Gerry Hughes pada Jumaat pagi dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.
“Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami mer4tapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah,” katanya.

Belum dapat berkongsi pvnca kem4tian

Ujarnya lagi, buat masa ini dia tidak dapat mendedahkan pvnca sebenar pemergian Gerry dan membiarkan ibunya untuk sampai ke rumah di Tasmania dahulu.

Hal ini susulan ibunya sebelum ini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri undangan persembahan di ibu kota.

“Nanti bila mama sampai rumah sana saya maklumkan. Saya nak tunggu mama sampai Tasmania untuk maklumkan kepada kami. Mama berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri undangan persembahan,” katanya.

Untuk rekod, penyanyi lagu Gelombang itu telah bernikah dengan Gerry Hughes yang berasal dari Liverpool pada 1 September 2022 dan mereka memilih untuk menetap di Australia selepas bergelar pasangan suami isteri.

Mereka sebenarnya sudah berkenalan sejak 15 tahun lalu dan telah mendirikan rumah tangga dalam majlis sederhana di Burnie, Tasmania.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *