Sejak kebelakangan ini, isu wanita berniqab dilihat semakin r4ncak dan menjadi bualan ramai. Mana tidaknya, terdapat segelintir daripada mereka dikatakan hanya mementingkan kecantikan diri dan mengikut trend semasa sehingga mengabaikan tujuan utama ‘berniqab’.
Terbaharu, Youtuber terkenal Ammar Nazhan dan rakan-rakan ‘seperjuangannya’ menjadi bualan h4ngat warganet apabila tampil membuat konten ‘wanita berniqab’.
Konten nilai fesyen dan penampilan wanita berniqab
Menerusi video dimuat naik, dilihat Ammar pergi membeli set persalinan yang bersesuaian dengan imej wanita berniqab sebelum memanggil talents wanitanya untuk memilih dan memperagakan ‘outfit’ tersebut.
Sepanjang rakaman video tersebut, para lelaki akan membuat penilaian mengenai imej yang ditampilkan oleh setiap wanita sama ada ia nampak ‘cantik’ dan bersesuaian di mata mereka atau sebaliknya.
Tak sensit1f!
Walaupun di akhir rakaman tersebut Ammar mendoakan agar mereka dapat berub4h ke arah yang lebih baik seperti terbuka hati memakai niqab. Namun, ramai yang tidak suka dengan mengatakan konten sebegitu adalah tidak selayaknya dibuat kerana sangat sensit1f.
Talent hanya harapkan Am fikirkan konten, tak pernah bagi idea bernas
Selain itu, ada juga netizen menegvr supaya pasukan Ammar Nazhan ini berkumpul dan berfikir sama-sama bagi menghasilkan sesuatu konten yang bersesuaian. Bukannya cuma mengharapkan ketua sahaja memberi idea dan arahan.
Sumber: Youtube Ammar Nazhan
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.