Semalam kec0h diperkatakan apabila isteri Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani mend4kwa suaminya tak dapat bayaran daripada konsert Doa Buat Zamani.
Juliana meluahkan rasa kec3wa apabila ada yang sanggup buat suaminya seperti itu.
Dalam sidang media hari ini, Aalan Ahmad selaku penganjur berkata dakwaan yang dibuat isteri Zamani telah mencal4rkan maru4hnya.
Dia meminta maaf kepada Zamani kerana ter4aksa panjangkan isu demi maru4h dirinya. Katanya lagi, dia dah cuba hubungi Zamani selama tiga hari tapi tak ada respon.
Tambah Aalan lagi, pada mulanya ada pihak nak biayai konsert tapi selepas perbincangan, Zamani kata mahu buat sendiri dan kos dikeluarkan sendiri.
Meluahkan rasa kecew4, Aalan berkata dia sudah kenal penyanyi ini sejak umur 17 tahun dan isu dalaman sepatutnya diselesaikan tanpa melibatkan umum.
Disebabkan tak ada pengalaman anjur konsert, pihaknya meminta bantuan syarikat Ecolane Ventures.
Kata Aalan lagi, dia tak mahu seb4rkan isu tiket kerana akan mem4lukan Zamani dan beri kes4n besar kepadanya jika heb0h tiket tak laku.
Memandangkan rakaman dibuat untuk program TV, pihaknya perlu memenuhkan lokasi dengan menjemput peminat, bagi tiket pada p0lis, tenter4 dan stesen radio.
Jelasnya lagi, penganjuran konsert makan kos sekitar RM200,000. Pembahagian keuntungan dikira 70% Zamani dan 30% untuknya. Konsert anjuran Indera Entertainment yang juga miliknya bersama Zamani.
Kredit: Harian Metro