Selepas bergelar pengantin baharu, pasangan pelakon Halim Radzi dan Sharifah Husna terus menarik perhatian netizen bagi mengikuti kehidupan ‘sweet’ mereka sebagai suami isteri.
Terbaru, Halim ada memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan dia memuji kecantikan isterinya yang mengenakan hijab di dalam kereta mereka.
@halimradz MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah ?? @Sharifah Husna ♬ original sound – HALIM RADZI
Menerusi rakaman berdurasi 45 saat tersebut, pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa terpegvn terhadap kecantikan Husna sehingga memberikan kata-kata romantis buat wanita berkenaan.
Husna yang dilihat ters1pu-s1pu m4lu mengatakan dirinya biasa sahaja, tetapi Halim meyakinkan bahawa kecantikan dimiliki isterinya adalah ‘luar biasa’.
View this post on Instagram
“Aduh cantiknya, ya Allah cantiknya.. m4lu? M4lu kenapa? Yelah sebab cantik, I tak pvji pun tetap cantik. Haihh luar biasa (cantik)…
“Assalamualaikum bidadari syurga.. sayang sangat,” kata Halim dengan nada berbisik.
Pada ruangan kapsyen pula, aktor drama Jangan Menangis Cinta itu mengucapkan terima kasih atas doa dititipkan orang ramai sempena perkahwinannya yang berlangsung minggu lalu.
“MasyaAllah, terima kasih mendoakan kami. Semoga doa baik anda semua kembali kepada anda semua juga. Amin ya Allah. Terima kasih Allah,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata memuji aksi romantis pasangan berkenaan sehingga membuatkan segelintir golongan ‘single’ berasa sunyi seketika.
Macho suara, macam Jalaluddin Hassan versi muda
Men4ngis ‘single’ tengok ni
Moga bahagia hingga ke syurga
Aku pula yang malu-malu
Cantik bila Husna bertudung
Terdahulu, Halim dinikahkan sendiri oleh bapa Husna, Syed Faizal Syed Mohd. dengan sekali lafaz di rumah pengantin perempuan di Kajang, Selangor.
View this post on Instagram
Sumber: TikTok & Instagram Halim Radzi
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.