Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui sering ‘berg4duh’ dengan suaminya Nabil Mahir yang menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga.
Bagaimanapun, situasi itu tidak membabitkan pertengk4ran besar sebaliknya hanya berg4duh manja dalam aspek perbelanjaan.
View this post on Instagram
Memetik laporan Xtra, penyanyi berusia 30 tahun itu menjawab soalan pengikut yang bertanya sekiranya dia dan suami pernah berg4duh selepas berkahwin.
Menurut Ayda, perg4duhan terjadi apabila suaminya yang juga seorang pengacara sering mengeluarkan duit untuk berbelanja terlebih dahulu, membuatkan dia tidak diberi peluang bagi melakukan perkara sama.
“Selalu… g4duh bila time nak bayar. Berebut-rebut nak bayar. Dah asyik dia bayar, kita nak juga belanja kadang-kadang! Tapi memang takkan dapat la…. susah!,” jawab Ayda.
View this post on Instagram
Dalam masa sama, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mengucapkan terima kasih atas sikap pemurah suaminya dan berharap dia juga sekali-sekala dapat mengeluarkan duit belanja.
“Thanks love @nabilmahir and please la kasi la kadang kita nak belanja gak.. makan ke apa ke. Dia tak nak,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dan suami berkahwin pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata Ana Nayla yang kini berusia setahun.
Sumber: Xtra (Aqilah Paharuzi) , Instagram Ayda Jebat
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.