Aktor dan usahawan popular, Aeril Zafrel serta isterinya Wawa Zainal mengakui perniagaan diusahakan selama ini adalah untuk diwarisi empat cahaya mata mereka.
Menurut lap0ran Utusan Online, aktor berusia 34 tahun itu berkata, dia dan isteri yang juga seorang aktres sudah mer4ncang perkara tersebut demi memastikan masa depan anak mereka terj4min.
View this post on Instagram
“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka.
“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang sus4h,” katanya.
Bercerita mengenai Hayla, Aeril mengakui anaknya itu mempunyai bakat lakonan yang diwarisi daripada dia dan isteri kerana mampu membawa watak dengan baik sekali.
View this post on Instagram
“Kami gal4kkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak-kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sed1h dan tidak m4lu bila berada di hadapan kamera.
Saya sudah 16 tahun dalam industri. Sebagai anak seni, saya dapat membezakan pelakon yang dikurniakan anugerah istimewa atau dip4ksa-p4ksa ber4ksi di depan kamera.
“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka kelihatan ‘natural’ di depan kamera. Tetapi, kami tanya juga minat dan apa yang ingin mereka buat,” ujarnya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu tetap mengutamakan didikan agama terhadap anak-anaknya tanpa mengambil kira soal minat mereka.
“Tidak kisah apa minat mereka kerana paling penting, kami tek4nkan didikan asas, termasuk aspek agama. Itu yang paling utama,” tambahnya lagi.
View this post on Instagram
Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2013 dan dikurniakan Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang kini berusia setahun.
Sumber: Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly) , Instagram Aeril Zafrel & Wawa Zainal
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.