Nyaris dit1pu, ‘Bang Jamal’ dimaksudkan Baby Shima sebenarnya Mamat GotNoChill

Beberapa hari lalu, penyanyi dangdut kontroveri membuat kecoh di media sosial miliknya apabila mendakwa seorang lelaki dikenali ‘Bang Jamal’ telah menipunya.

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, pemilik nama Nor Ashima Ramli meminta Bang Jamal memulangkan semula wangnya, selain mendedahkan lelaki berkenaan telah menipu ramai orang.

“Bang Jamal, balikkan duit Shima secepatnya! Call tak jawab, WhatsApp tak balas!! Cukup-cukuplah menipu!!”tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Memetik temubual Baby Shima bersama Harian Metro, penyanyi bertubuh genit itu memberitahu dia mengenali ‘Bang Jamal’  menerusi seorang rakan sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.

“Dia kata nak bekerjasama dengan saya untuk satu bisnes tapi sudahnya dia menghilangkan diri bersama wang yang diberikan,”luah Baby Shima.

@babyshimaofficial Bang Jamal cukup lah menipu orang!!!! munculkan diri!!!!!! kalau tak esok shima dedahkan muka Bang Jamal!! #babyshima #bangjamal ♬ original sound – Babyshima

Jamal mana pulak dah ni?

Rata-rata netizen meninggalkan pertanyaan di ruangan komen dengan bertanyakan gerangan sebenar ‘Bang Jamal’ dimaksudkan Baby Shima dalam beberapa hantarannya sebelum ini.

Laaahh, Bang Jamal tu MamatGotNoChill dalam lagu baru ke rupanya?

Terbaharu, ‘Bang Jamal’ yang dimaksudkan oleh Baby Shima sebenarnya tajuk lagu terbaharu nyanyian Baby Shima. Dan, ‘lelaki kacak’ yang dimaksudkan itu ialah MamatGotNoChill yang muncul dalam muzik video lagu terbaharu.

Mesti ada sesetengah netizen kecewa gila sebab dah tertipu dengan taktik ‘amukan’ Bang Jamal tersebut.

@mvm_music Bang Jamal #mvmmusic #rusamvm #bangjamal ♬ original sound – MVM Music

Aku takleh la tengok si Mamat

Kehadiran personaliti media sosial, MamatGotNoChill dalam klip video tersebut sebagai ‘Bang Jamal’ membuatkan netizen terhibur. Apa yang lebih menarik perhatian adalah gaya belahan ‘tengah’ rambut Mamat yang dilihat persis ‘Hanafi’ yang pernah tular curang di belakang isterinya.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *