Hawa Rizwana Diumum Hos Tetap MeleTOP

Teka-teki mengenai siapakah hos tetap program MeleTOP akhirnya terjawab apabila personaliti televisyen, Hawa Rizwana diumum untuk bergandingan dengan Nabil Ahmad.

Perkara itu diumumkan sebentar tadi menerusi siaran langsung rancangan berkenaan dan turut dikongsikan menerusi Instagram MeleTOP.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

“Dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama hos ku seorang! Agituuuu min pon berpantun! Tu dia hos baru kita, Hawa Rizwana,”tulis posting tersebut.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada Hawa yang diumum sebagai hos tetap program berkenaan.

Terdahulu, selebriti popular Neelofa mengundurkan diri sebagai hos program tersebut pada Disember 2019. Sejak dari itu, tiada pengganti hos baharu sebaliknya digantikan dengan hos jemputan setiap minggu.

About admin

Check Also

Nanti dapat Pnyaklt? minta buat pmbedahan Netlzen tegvr berat badan, sekali Ini ayat Padu Almy nadia

Sejak akhir-akhir ini, netizen memberi perhatian kepada perubahan fizikal pelakon berbakat besar, Datin Almy Nadia …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *