Jumaat lalu, kita dikejvtkan dengan pemerg1an seorang ibu yang sarat hamil anak kembar gara-gara bert3mbung dengan lori tangki minyak di Setiu. Fatin Hazlin Dahlia ketika itu dalam perjalanan bawa anaknya, Sayyid Uwais Al-Qarni yang lahir ot4k di luar tempvrung menerima raw4tan susulan di HUSM Kubang Kerian. N4has terbabit telah mengorb4nkan 2 beranak berkenaan. Sementara suami, anak sulung dan seorang lagi anak angkatnya mengalami keceder4an.
Sempat tukar tempat untuk pandu kereta lepas suami meng4du mengantuk
Memetik p0rtal Harian Metro, Fatin Hazlin sempat bertukar tempat sebagai pemandu selepas suaminya iaitu Mohd Lekman mengantuk. Malah perkara itu juga sempat dimaklumkan kepada ibu Allahy4rhamah, semasa kereta mereka berhenti di bahu jalan. Sejak kelahiran anak istimew4 tersebut, pasangan suami isteri berkenaan difahamkan sering berulang-alik ke HUSM setiap bulan.
Muka bersih seakan tidur…ten4nglah adik & baby Adam
Fatin Hazlin dan bayinya kemudian dikebumikan secara bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Hampar, Kuala Terengganu selang sehari berikutnya. Upacara pengebumian tersebut malah dihadiri kira-kira 100 sanak saudara dan sahabat handai. Menurut abangnya Joe Caiyaa, wajah Allahy4rhamah disifatkan sangat bersih dan tenang ketika itu.
Anak sulung pula menyusul Mama & adik-adiknya hari ini
Terbaru, difahamkan anak sulungnya iaitu Nur Qaireen Luthfia atau lebih mesra dengan panggilan Bella pula menyusul. Menurut Aisyah Athirah, kanak-kanak perempuan itu telah mengh3mbuskan nafas terakhir pada jam 11.05 pagi tadi ketika menerima raw4tan. Meskipun Allahy4rhamah kakak bersama 2 anak buahnya ‘pergi’ sekelip mata, namun dia dan ahli keluarga lain reda dengan takdir Ilahi.
Kredit : FB Aisyah Athirah, Joe Caiyaa & Harian Metro