Hampir empat tahun melayari hidup sebagai ibu tungg4l, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun mengakui dia tidak menutup pintu hatinya.
Namun, pemilik nama lengkap Siti Roziana Zain ini berkata, buat masa sekarang dia lebih senang memberikan fokus terhadap empat anaknya selain karier seni.
“Sebenarnya saya tak ber4ni cakap tutvp hati ke tidak… sebab kita tak tahu di masa hadapan.
“Saya lebih tertvmpu kepada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya.
“Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya.
“Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa… Wallahualam. Paling penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat,” katanya kepada Media Hiburan.
Ziana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Jualan tiket konsertnya bersama Anuar Zain, Anuar & Ziana Live In Kuala Lumpur 2022 pada 6 Ogos depan habis terjual dalam tempoh tiga hari selepas ia dilancarkan.
Sekadar informasi, Ziana mendirikan rumah tangga bersama bekas ketua pramugara, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Ammar, 18, dan pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 13 tahun.
Selepas dua dekad hidup bersama, Ziana dan Armin disahkan bercer1i t4lak satu di M4hkamah Rendah Sy4riah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Sumber : MH