[VIDEO] “Hidayah Tu Milik Allah, Next Time Jangan Jvdge Orang!”- Iqram Dinzly Belajar Mengaji, Peminat Seb4k Doakan Moga Istiqamah

Pelakon kontr0versi Iqram Dinzly baru-baru ini mencvri perhatian warganet apabila dilihat mengerjakan umrah dan sempat belajar mengaji ketika berada di tanah suci Mekah.

Berdasarkan perkongsian di TikTok milik individu yang dikenali sebagai @aureliarose, Iqram dilihat membaca Al-quran sambil ditemani individu didakwa seorang ustaz yang duduk bersama beliau sambil memperbetulkan bacaan Al-quran nya.

@chepuanjelyta

mashaAllah indah aturan Allah, ? semoga pengakhiran kita di lindungi Allah, ?✅

♬ Law Kana Bainana Al Habib – Mohamed Youssef

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memvji perub4han yang ditunjukkan pelakon itu dan berharap agar Iqram sentiasa istiqamah dalam kehidupannya.

Bahkan, segelintir warganet beranggapan, adalah tidak manis sekiranya manusia menilai seseorang individu berdasarkan kepada kehidupan dan penampilannya tetapi harus dinilai dari pengakhiran kehidupan seseorang.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian XTRA dilaman TikTok peribadi miliknya pula, Iqram bersyukur kerana doanya diperkenankan Tuhan untuk menjadi tetamu dibumi penuh barakah itu.

@iqramdinzlyofficial Alhamdulillah doa mustajab #MamaDinzly & sekalian insan2 kesayangan Allah, maka dijemput lah menjadi tetamu di #masjidnabawi #madinah . Jazakallah ? Doa kalian telah diperdoakan mohon Allah makbulkan di #Raudah . Aaminnnn Hadirrrr #tetamuAllah ? #fyp ♬ Alhamdulillah – Opick & Amanda

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih  lebih 32,000 tontonan dan menerima lebih 3,000 tanda suka.

Sumber : Xtra

About admin

Check Also

Berpihak Kepada Yang Benar, Yusof Haslam Restu Isteri Jadi Pencelah

Pengarah Datuk Yusof Haslam memberi keizinan kepada isterinya, Datin Patimah Ismail untuk jadi pencelah dan saksi buat menantunya, Puteri Sarah dalam kes …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *