Aktor dan penyanyi, Fattah Amin berkongsi momen kejayaan apabila menerima Anugerah Dekan bagi semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pelakon berusia 32 tahun itu memuat naik foto dan video ketika menerima sijil anugerah tersebut di sebuah hotel di ibu negara, semalam.
Majlis penyampaian Anugerah Dekan
View this post on Instagram
Memetik laporan mStar Online, selain pelakon filem Mat Kilau itu, rakan artis seperti Amir Masdi, Tomok, Haziq, Pekin Ibrahim selain beberapa pengurus artis serta wartawan hiburan turut menerima anugerah sama.
Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut memberikan ucapan tahniah buat Fattah atas kesungguhan dan usaha keras sebagai penuntut sehingga berjaya tamat pengajian jarak jauh (PJJ).
Ini kerana walaupun s1buk dengan jadual anak seni, dia masih mampu membahagikan komitmen terhadap pembelajaran apatah lagi bergelar seorang suami serta bapa.
Tahniah ‘daddy’! – Fazura
Bukan saja tampan, malah bijak juga
Alhamdulillah.. boleh jadi inspirasi
Difahamkan, suami kepada aktres popular Fazura itu berhasrat untuk menyambung ke peringkat sarjana namun masih belum mempunyai perancangan dalam masa terdekat.
Sumber: Instagram Fattah Amin , mStar Online (Farol Hadi)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.