Kemal4ngan m4ut yang melibatkan tiga beranak di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pagi tadi berlaku selepas kereta dinaiki m4ngsa mer3mpuh sebuah lori yang berhenti bagi kerja pembaikan jalan.
Ketiga-tiga m4ut
Menerusi laporan dari Kosmo! m4ngsa yang m4ut dikenal pasti sebagai Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq yang baru berusia setahun.
Rempvh belakang lori baiki jalan
Menurut Ketua P0lis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, kem4langan dipercayai berlaku selepas kereta jenis Honda Jazz dinaiki keluarga berkenaan mer3mpuh bahagian belakang lori yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan.
Hasil si4satan di tempat kej4dian mendapati lori terbabit telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang meletakkan kon bagi kerja pembaikan pembahagi jalan.
“Bagaimanapun kereta dinaiki tiga beranak itu telah datang dari arah belakang dan mer3mpuh lori terbabit,” katanya.
Menuju ke Kuala Lumpur untuk bercuti
Akibat daripada rempvhan kvat, ketiga-tiga m4ngsa dilap0rkan men1nggal dunia di tempat kej4dian dengan masing-masing mengalami keced3raan p4rah di bahagia kep4la.
Difahamkan, pasangan suami isteri itu merupakan jurur4wat di H0spital Pakar KPJ Puteri dan KPJ Johor di Johor Bahru.
Mereka juga dimaklumkan dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur untuk bercuti.
Kesemua m4yat telah dihantar ke Unit For3nsik H0spital Alor Gajah dan proses bed4h si4sat sedang dijalankan. K3s disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Kosmo! (Diyanatul Atiqah Zakarya)
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.