Aktres Intan Najuwa memilih untuk lebih berhati-hati apabila bergandingan dengan aktor, Yusuf Bahrin yang menjaga batas dalam lakonan.
Menurut lap0ran Kosmo! Online, aktres berusia 25 tahun itu menghormati permintaan aktor tersebut yang menol4k bab4k bersentvhan dalam drama terbaharu mereka berjudul Jesnita.
View this post on Instagram
“Saya tiada mas4lah, itu hak dia untuk tidak bersentvhan. Bila tahu tentang itu saya hormati dan lebih berhati-hati.
“Saya terus letakkan dalam kepala dan tahu nak buat macam mana,” kata Intan atau nama penuhnya Intan Najuwa Abdul Wahid.
Intan berkata, dia yakin drama arahan Emi Suffian itu tidak akan terp4lit dengan kontr0versi seperti terjadi kepada dirinya serta hero gandingan dalam drama-drama sebelum ini.
“Saya rasa kali ini tiada kontr0versi sebab drama ini bukan cerita cinta. Lebih kepada cerita tentang keluarga. Saya yakin tiada timbul kontr0versi yang tidak sepatutnya,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai cara berdepan kontr0versi, Intan berkata dia lebih memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu situasi menjadi lebih bvruk.
View this post on Instagram
“Saya lebih suka diam saja, kalau mel3nting saya t4kut buat kesil4pan atau cakap benda-benda yang bvruk dan mengervhkan keadaan.
“Selalunya bila semua dah r3da baru saya bercakap tentang itu. Saya tol4k tepi perkara yang bawa t0ks1k dalam kehidupan saya,” kongsinya.
Drama 40 episod tersebut turut menampilkan Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Malek Maccrone, Fathia Latiff dan ramai lagi.
Sumber: Kosmo! Online (Lia Othman) , Instagram Intan Najuwa
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.