Umum mengetahui, pakar bed4h warga Malaysia iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulungnya di Hospital St Thomas’, London pada dua minggu lalu.
Bayi comel diberi nama Arabella Mia itu pastinya menambah rasa kasih sayang bersama suaminya, Alexander Charles.
Malah, Dr Amalina yang juga personaliti media sosial berusa 35 tahun itu berkongsi dia keluar bersiar-siar bersama puteri kesayangannya dalam stroller baby sambil menikmati udara yang segar.
Terbaharu, Dr Amalina berkongsi beberapa amalan berpantangnya berdasarkan kajian sainstifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sendiri sebagai seorang doktor.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Dr Amalina menyatakan lapan amalan boleh diamalkan khususnya buat mereka yang pertama kali bergelar ibu.
Antara amalan yang dikongsikan adalah seperti pengalaman makanan sihat iaitu kurangkan pengambilan garam, gula dan minyak. Selain itu, ibu berpantang disarankan makan secara bersederhana untuk mengamalkan berat yang ideal dan tidak perlu pantang telur tau ayam sekiranya tiada alahan.
Seterusnya, ibu berpantang digalakkan minum air kosong dua hingga tiga liter air sehari selain mengurangkan minuman manis seperti air Boba dan Milo.
Malah, suka diingatkan ibu berpantang dilarang mengangkat barang lebih berat daripada bayi mereka selama enam minggu. Bagaimanapun, adalar digalakkan untuk meningkatkan intensiti aktiviti harian secara beransur-ansur.
Mulakan senaman ringan
Dalam masa sama, Dr Amalina menasihatkan ibu yang bersalin secara normal tanpa komplikasi untuk memulakan senama ringan sebaik sahaja mereka bersedia. Antara senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan kaki (untuk elak d4rah bekv), kegel (kuatkan otot pelv1s) dan senaman perut.
Akan tetapi, adalah digalakkan untuk menunggu selepas enam minggu bersalin sebelum memulakan senaman berimpak tinggi seperti aerobik atau berlari. Ia akan mengakibatkan bertambah pend4rahan (lochia) atau bertukar warna (menjadi merah jambu atak merah) selepas melakukan aktiviti yang berlebihan.
Ibu berpantang digalakkan untuk mendapatkan banyak rehat dan mengurangkan aktiviti sekiranya mengalami masalah tersebut. Pakai compression TED stockings untuk elak darah beku.
Jaga bahagian sul1t dan elak hubungan kel4min selama 6 minggu selepas bersalin
Dr Amalina berkata, ibu berpantang haruslah menitikberatkan penjagaan bahagian per1neum dengan membasuh air dari depan ke belakang dan lap sehingga kering setiap hari. Dan, mereka perlulah menukar maternity pad setiap tiga hingga empat jam sekali.
Sekiranya bers4lin melalui C-section, bersihkan dan lap luk4 sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar dan seluar dalam cotton serta mengambil ubat pen4han s4kit (paracetamol/ibuprofen selamat untuk breastfeeding). Jaga kebersihana dan mandi setiap hari selain mengambil laxatives jika perlu untuk elak sembelit.
Paling penting sekali, elakkan menjalinkan hubungan s3ks bersama suami sehinggalah darah lochia berhenti atau selama enam minggu selepas bersalin.
Tak kurang juga penjagaan kesihatan ment4l, elakkan tek4nan dan nikmati saat-saat keibuan serta dapatkan sokongan daripada suami termasuk ahli keluarga.
Akhir sekali, perkongsian tersebut bukanlah boleh diamalkan sewaktu berpantang sahaja, sebaliknya tips gaya hidup sihat yang perlu dilakukan sepanjang h4yat.
Sumber: Instagram @dramalinabakri
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.