Pelakon cantik persis anak patung, Nadiyah Shahab meluahkan rasa lucu setiap kali dia sering menerima komen daripada netizen yang bertanyakan mengenai cahaya mata.
Pemilik nama Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab menceritakan, apabila dia memuat naik hantaran melibatkan kucing kesayangannya di laman Instagram, ada sahaja netizen meninggalkan komen mengenai zuri4t.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Sebenarnya, setiap kali saya memuat naik pasal kucing, ada sahaja orang kata kasihan. Dan, ada juga mendoakan saya semoga cepat dapat anak,”ujar Nadiyah.
“Kadang-kadang rasa kelakar bila baca komen itu sebab saya memang sayang sangat kucing saya. Tapi, kadang-kadang orang kata kasihan dekat kami,”ujarnya lagi.
Nadiyah berkata, ada netizen mengatakan pvnca dia dan suami, Ben Ali tiada ada berkemungkinan mempunyai kaitan dengan obs3s mereka berdua dengan kucing.
Dalam masa sama, Nadiyah meminta netizen untuk kekal berten4ng apabila bertanya mengenai anak kepada dia dan suami. Ini kerana dia masih muda dan masih mempunyai masa untuk memiliki zuri4t.
“No, chill guys, saya masih muda dan masih ada masa,”kata Nadiyah.
Nadiyah berkata demikianketika ditemui oleh pihak media dalam sebuah Majlis Pelancaran Absolut Music Fest di The Malaysia International Trade and Exhibition Cetre (MITEC), Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan, Nadiyah dan suaminya bakal menganjurkan Absolut Music Festival bermula 4 hingga 6 November 2022.
Sumber: Mstar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.