Pelawak dan usahawan popular, Shuib menyatakan hasrat anak-anaknya yang mahukan wanita untuk menyayangi mereka seperti seorang ibu.
Memetik laporan Astro Gempak, usahwan berusia 38 tahun itu mengakui empat orang anaknya memerlukan seseorang peneman selepas kehilangan ibu mereka, Siti Sarah Raisuddin.
View this post on Instagram
“Mereka ada masa rindu dan men4ngis mengenangkan ibu mereka.
“Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baharu dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlaku tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang.
“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan…
“…dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka,” kata pemilik nama Shahmira Muhammad itu baru-baru ini.
View this post on Instagram
Berikutan itu, Shuib berkongsi perasaan seolah-olah sudah mula membuka hati bagi mencari individu istimewa sekali gus dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya.
“Sejak menjadi’ ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda… kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.
“Tapi kini bila masa dah berjalan… saya nampak mungkin dah ada ke arah itu. Cuma saya belum bersedia untuk berkongsi kepada semua buat masa ini.
“Perasaan tu tak boleh dip4ksa suka dan sayang itu datang secara natural bila masa Allah bukakan hati itu kita tak dapat hendak mengawalnya,” ujarnya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, dia kurang melihat kepada ciri-ciri wanita idaman sebaliknya meletakkan kebahagiaan anak-anak yang menjadi perkara utama.
“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab m1si seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.
“Jadi wanita itu biarlah yang ada sif4t keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya. Ciri-ciri untuk saya tak berapa penting kerana bila dah ada anak keutamaan pada mereka yang sedang membesar.
“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami ser4si.
“Lagipun pilihan itu nanti yang akan seh1dup sem4ti dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Allahy4rham Siti Sarah meningg4l dunia di Hospit4l Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 akib4t wab4k Cov1d-19 selepas melahirkan cahaya mata keempat secara pembed4han.
Allahy4rham meningg4lkan Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun.
Sumber: Astro Gempak (Syafiqah Jalal) , Instagram Shuib
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.